Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie Pregnancy tickers

ThAnKs KaWaN-KaWaN

23 July 2011

Zikir dan Doa Semasa Bersalin

Amalan berzikir dan banyak berdoa digalakkan bagi ibu-ibu yang hendak melahirkan kerana ini dapat mententeramkan fikiran dan dapat memupuk kesabaran ketika dalam kesakitan melahirkan anak nanti.

Antara zikir dan doa yang disuruh mengamalkannya ialah:
1.

“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu”
2.

“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.
3.

“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”

Dan apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini:
4.

“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”

Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca ayat kursi,
Kemudian pula :
5.

“ Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat.
Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.

Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini:
6.

Maha Suci Allah
7.

Aku Pohon ampun kepada Allah

Sentiasa membaca doa ini :
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ8.
أُعِيْذُهُ بِالوَاحِدِ الصَّمَدِ مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِى حَسَدٍ
Maksudnya : Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepadaNya daripada sekalian yang mempunyai dengki
* Sekurang-kurangnya dibaca sebanyak 10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu

9.Surah Al-Ansyiqaq

Surah ini, seorang ustaz menyarankan mak cu membacanya. Mak cu rbanyakan bacaan surah ini serta berdoa, lebih-lebih lagi bila dah dekat tarikh jangkaan bersalin. Syukur Alhamdulillah, mak cu bersalin lebih mudah, cepat dan kesakitan semasa nak bersalin pun kurang, walaupun berat Adda semasa lahir 4.1kg. Semasa mengandungkan Haziq, mak cu memperbanyakan lagi bacaan surah ini serta jangan lupa berdoa semasa mengandungkan Adda. Alhamdulillah lagi mudah, lagi cepat dan lagi kurang sakitya.

10.Sentiasa membaca surah Maryam.


11.Surah An-Nahl: ayat 78-80
[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Selusuh
Kebiasaannya, orang-orang tua akan menyuruh anak mereka meminta air selusuh daripada orang tertentu bagi memudahkan bersalin.
Namun begitu, tidak ramai yang percaya akan keberkesanan air selusuh. Nasihat saya, jika tidak percaya tidak perlu minta sebab ia tidak akan berkesan sedikit pun bahkan akan menambahkan sakit, sakit hati tentunya.
Bagi yang meyakini air selusuh sebagai salah satu usaha pula perlulah mengambil berat penerangan yang diberikan mengenai cara penggunaan selusuh ini.
Sebenarnya selusuh bukan sahaja berperanan memudahkan bersalin malahan sebenarnya boleh digunakan untuk membetulkan kedudukan bayi songsang tetapi dengan kaedah yang berlainan.
Salah faham yang berlaku dalam masyarakat kita, perubatan Islam ini adalah pilihan terakhir selepas semuanya perlu diubah. Saya sendiri tidak akan membenarkan isteri saya dibedah kerana kedudukan anak yang songsang sebelum mencuba perubatan Islam, berdoa bersungguh-sungguh kepada AlLah.
Pernah berlaku~kisah benar~ seorang ini, anak dalam kandungan isteri dia songsang, dia meminta air selusuh daripada individu tertentu agar dimudahkan bersalin tanpa perlu dibedah kerana doktor menyarankan agar isterinya dibedah.
Ketika melahirkan anak, doktor tersebut terkejut kerana isteri lelaki tersebut tidak perlu dibedah dan melahirkan anak dengan mudah, seolahnya tidak ada masalah sebelum ini.
Doktor tersebut berjumpa dengan si suami, meminta air selusuh yang berbaki kerana isteri doktor itu menghadapi masalah yang sama;bakal dibedah.
Tidak lama selepas itu, doktor tersebut mengirimkan hadiah kepada yang membuat air selusuh tersebut kerana isterinya yang sepatutnya dibedah dapat melahirkan anak secara normal.
Apa yang penting??? Bukan kerjasama yang penting di sini, tetapi keyakinan bahawa ALLAh mampu melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya.



sumber: http://puterijasmin.blogspot.com/2009/08/doa-zikir-dan-amalan-memudahkan.html

Teknik meneran melalui cara pernafasan ketika proses bersalin

Teknik Pernafasan Peringkat Pertama

Teknik Pernafasan Peringkat Pertama semasa permulaan dan penghujung suatu kontraksi, anda dikehendaki bernafas secara dalam dan tetap. Masuk melalui hidung dan keluar melalui mulut. Ketika kontraksi berada dikemuncak, cuba pernafasan yang lebih ringan dan cetek. Kedua-dua pernafasan sepatutnya melalui mulut. Jangan lakukan terlalu lama bagi mengelakkan anda berasa pening (hyperventilation).

Teknik pernafasan peringkat Transisi

Sekiranya anda berasa hendak meneran terlalu awal, sebutlah “huf, huf, tuip” kepada diri anda sendiri sambil mengambil dua pernafasan masuk dan keluar yang pendek, diikuti satu hembusan yang panjang. Apabila desakan untuk meneran hilang, hembuskan keluar nafas yang lembut dan tetap.

Teknik pernafasan peringkat kedua

Ketika hendak meneran (ia mungkin berlaku beberapa kali setiap satu kontraksi), tarik nafas yang dalam dan bertahan untuk satu masa yang singkat ketika anda menekan ke bawah. Adalah penting untuk melakukan gerakan dan pernafasan mengikut kehendak badan anda. Ketika meneran, ambil beberapa nafas tenang yang dalam. Apabila kontraksi reda, rehatkan diri perlahan-lahan.

Teknik Meneran

Sebelum ini, mungkin kita menjangkakan hanya ibu yang terpaksa bekerja keras mengerah sepenuh tenaga untuk memastikan bayinya selamat dilahirkan. Sebenarnya tanggapan ini adalah salah sama sekali. Semasa peringkat pertama kelahiran, bayi dalam kandungan akan berputar untuk mencari jalan kelahiran. Manakala peringkat kedua kelahiran pula uterus akan mula menolak bayi keluar begitu juga si ibu. Dalam pada itu, bayi juga menolak dirinya keluar dari jalan kelahiran. Oleh itu memilih kaedah meneran yangs esuai dapat membantu melancarkan proses kelahiran. Ikuti beberapa tekbik meneran yang lazim digunakan dalam bilik bersalin.

“Overwhelming Urge“

Teknik meneran ini merupakan teknik yang tidak terkawal. Ada kalanya anda tidak perlu meneran apabila berlakunya kontraksi kerana pembukaan rahim masih belum terbuka dengan sempurna (10cm). Namun, setiap kali berlakunya kontraksi anda mungkin tidak mampu mengawal keinginan untuk terus meneran. Sekiranya tidak mahu berlaku sebarang koyakan, meneranlah sekuat hati setelah mendapat keizinan dari doktor. Tarikan graviti pada posisi semula jadi mungkin akan membantu ibu melahirkan bayi. Namun ada juga kemungkinan graviti tidak mampu meningkatkan tekanan atau desakan sekiranya kelahiran berlaku terlalu cepat.

“so-so urge“

Si ibu mungkin mempunyai keinginan untuk meneran setiap kali datangnya kontraksi atau ketika kontraksi berada di kemuncak. Bagaimanapun desakan ini mungkin juga berlaku pada peringkat awal fasa kedua yang mana bayi masih belum mencecah saraf-saraf yang menghantar isyarat agar si ibu mula meneran dengan kuat (overwhelming urge).

“No Urge“

Hampir sama seperti so-so urge, kali ini ibu tidak mengalami desakan, oleh itu posisi yang tepat semasa bersalin dan masa adalah jalan terbaik untuk membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah meneran semasa proses kelahiran.

Teknik spontan

Kaedahnya amat mudah, si ibu hanya mengikut gerak bahasa tubuhnya dan akan meneran jika dia merasakan dia perlu untuk berbuat demikian. Ibu-ibu yang mempraktikan kedah ini biasanya tidak akan menahan nafas lebih dari 6 saat yang sekali gus menyalurkan lebih banyak oksigen kepada bayinya. Istimewanya kaedah ini banyak membantu mengurangkan tekanan pada ibu dan bayi, malah ia membantu menyingkatkan proses kelahiran. Secara umumnya, ibu yang mengikut naluri sebelum meneran harus menahan nafas untuk satu tempoh masa yang singkat dan merehatkan tubuh badan. Ingat, bahagian uterus akan membantu anda meneran walaupun anda tidak berbuat apa-apa.

Teknik Purple Pushing

Mengapa ia dipanggil Purple Pushing, ia kerana wajah ibu digambarkan seolah hampir kebiruan dengan mata yang besar cuba untuk menahan nafas sambil meneran hingga kiraan 10 berakhir. Teknik ini semakin popular, ia banyak membantu para ibu yang tidak mampu ‘mentafsir’ bahasa tubuh agar meneran dengan efektif. Teknik ini bermula dengan menarik nafas dalam-dalam, melepaskannya, menarik nafas semula dan tahan nafas tersebut, bongkokkan sedikit badan dan meneran seiring dengan kontraksi. Sementara itu, suami atau jururawat akan menjarit “PUSH!” dan mengira hingga angka 10 sebelum anda melepaskan semula nafas. Ulang teknik yang sama sehingga bayi selamat dilahirkan.

Teknik Laboring Down

Kaedah ini pula popular digunakan oleh doktor dan jururawat terhadap ibu-ibu yang disuntik epidural. Caranya mudah sahaja, biarkan tubuh meneran secara semulajadi tanpa perlu tolakan yang aktif dari anda. Biarkan sehingga kepala bayi mula kelihatan. Cara ini adalah lebih baik dan kurang meletihkan, malah sesuai dipraktikan oleh si ibu yang tidak mampu meneran.// majalah PA&MA

28 May 2011

Good Info 4 Preggy Mommy...



INFO: Senaman wanita hamil

* Istilah senaman ketika hamil membabitkan pergerakan memanaskan badan, meregang sebelum dan selepas bersenam, dan pergerakan merangsang kardiovaskular.

* Wanita hamil dilarang melakukan senaman yang terlalu laju dan membeban seperti melompat, mengayuh basikal, berlari dan angkat berat.

* Senaman tanpa pergerakan keterlaluan dibolehkan seperti berjalan laju, yoga, pilates dan berenang.

* Pada usia kandungan yang semakin membesar, wanita perlu tidur mengiring. Posisi tidur telentang dilarang kerana ia boleh memberi tekanan pada saraf pada bahagian berkenaan. Keadaan itu boleh mengganggu kelancaran aliran darah untuk dibekalkan kepada kandungan.





















28 April 2011

12 weeks... ^__^


Menjelang minggu ke-12 iaitu usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.

Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.

Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.




23 April 2011

10 Minggu....

12 April yg lalu.. genap la 10 minggu.... Best sangat rasa hati ini bila dpt tengok baby... Baby pun dah pandai gerak-gerakkan kaki... Moga baby sihat dan menjadi anak yang beriman... amin..






~ Syukur sangat dapat rasa pengalaman manis nie.... ~





08 April 2011

iNi KeSAh sATu CeRiTa... LaWATaN




Pada suatu hari... iaitu pada hari Khamis bersamaan 07 April 2011... Sekumpulan pelajar bersama guru2nye yg ceria ;) telah melawat beberapa tempat yg menarik...




Kami berkumpul di sekolah seawal 7.00 pagi dan bergerak ke destinasi pada jam 8.00 pagi... Dalam perjalanan, tiba2.... uncle bus tu berhenti..... untuk mengisi minyak basnye... hahaha.... Kami bergerak semula...
Tiba2..... uncle bus tu berhenti lagi...... Ohhhh rupa2nye ada pelajar yg nak ke tandas.... aduiiiyaiii...
(Cikgu2 suda fening... boleh ke kita sampai ke destinasi tepat pada masanye...?)






Destinasi kami yang pertama... TLDM, Lumut...
Kami tiba lewat sikit la... tapi dah maklumkan pada pegawai yg berkenaan... 10.15pagi kami di sambut oleh seorang pegawai tentera laut yg setia mengiringi rombongan kami melawat ke KD Lekir dan Markas Udara..... Apa itu KD Lekir...??? Haaa ce citer.. ce citer... ce citer...

(...KD Lekir TLDM adalah sebuah kapal jenis Corvette yang telah dibina oleh Howaldswerke - Deusche Werff AG Kiel, Republik Persekutuan Jerman. Kapal KD Lekir telah dilancarkan pada hari ini 14.5.1983 dan ditauliahkan 3 bulan kemudiannya. Kapal KD Lekir dinamakan adalah sempena nama pahlawan Kesultanan Melaka Hang Lekir yang telah berjasa dan menunjukkan taat setia kepada Sultan dan Kerajaan Melaka. Sesungguhnya KD Lekir merupakan sebuah kapal TLDM yang telah berjaya memberikan perkhidmatan yang cemerlang untuk mengharumi nama Malaysia di seluruh pelusuk dunia, seganding dengan kapal-kapal laut TLDM yang lainnya....)
~ sumber http://www2.arkib.gov.my ~





Kemudian.... Lebih kurang jam 11.45 pg... kami di bawa ke Markas Udara atau dulunya di kenali dengan KD Rajawali... Sepanjang berada di TLDM, aspek keselamatan sangat diutamakan...
Walaupun penat berjalan... (kena jln kaki tau...) huhuhu... Tapi, pelajar2 kelihatan ceria dan diharapkan dapat menambahkan ilmu dan pengalaman mereka...


(...keluar dr TLDM, kami makan tengah hari di medan selera Lumut dan solat di masjid berdekatan...)




Destinasi kami yang kedua adalah.... ke Pulau Pangkor...
Pelajar sangat teruja menaiki feri... mungkin bagi sesetengah pelajar, ini adalah pengalaman pertama mereka menaiki feri... Terima kasih pada Syarikat Mesra Feri Sdn Bhd... kerana tidak mengenakan bayaran kepada pelajar... (free la tu...) Kami tiba di pangkor jam 3.00 petang...




Kami menyewa 5 buah teksi @ van untuk mengelilingi pulau....

Tempat2 menarik yang di bawa adalah:
1. Kota Belanda
2. Taman Fu Li Kung ( Mini Tembok Besar Cina)
3. Kilang Satey Ikan
4. Pusing2 keliling pulau....



Oleh kerana kesuntukan masa... kami tak sempat nak rehat2 di tepian pantai... (maybe next time laa k...)




Naik feri semula ke Lumut jam 5.00 petang.... Masa ni badan terasa sangatla letih dan tak bermaya.... Walaupun muka letih semuanya.... Tapi bila nampak camera jer boleh plak senyum... hehehe...

Syukur sangat... sebab sepanjang aktiviti ni, cuaca pun bagus... x ujan pun...

Semoga... semua pelajar, guru, ppm dan ibu bapa yang join lawatan ni happy & dapat belajar sesuatu yang baru daripada program ni....


Sekian, wassalam.....

(^_^)

07 April 2011

LETIH... PENAT... tapi HAPPY...

Aduiiiyaiiii....

Penat berjalan ke sana sini... Tapi puas bila tengok anak murid happy... Td bawa anak murid ke TLDM, Lumut & Pulau Pangkor... Seharian.. Non stop berjalan.. berdiri... dapat duduk pun dalam bas & feri jer....

Alhamdulillah... Allah bagi kekuatan pada 'kami' (aku n yg dlm perut ni) hehehe.. ;)
Allah juga telah permudahkan segala urusan...

Thank You Allah...



(...photo will be upload soon k....)


Bye! Bye!

02 April 2011

Terima Kasih Tuhan...

Kadang Kala Allah Hilangkan Sekejap Matahari.... Kemudian DIA Datangkan Pula Guruh & Kilat.... Puas Kita Menangis Mencari Matahari.... Rupa-rupanya Allah Nak Hadiahkan Kita.... Pelangi Yang Indah....



Alhamdulillah... Penantian panjangku berakhir...




~ Hanya Tuhan yang tahu betapa gembira & terharunye aku bila nampak ada 2 line tu.. ~

~ Lalu.. mengalirlah airmata tanda syukur pada Allah yang memberi rahmat ini... ~

(.. itu pun aku chek tanpa pengetahuan Mr Hubby... Coz dia awal2 dah bgtau x yah chek lg.. nak chek kat spital jer... Tapi, naluri ini seperti merayu-rayu ingin tahu keputusannye.. hahaha... Bila dapat tau tu, terus hug hubby and........ ntahlah rasa bersyukur sgt2...)





~ bila tengok pic ni kat skrin computer doktor tu... terdiam.. senyap... senyum... itu jer yg mampu aku buat...... ~




~ Masa ni pulak... aku boleh dengar degupan jantung 'dia' dan nampak jantung yg sedang berdegup... Ya Allah... Besarnya KekuasaanMu... ~



~.. Alhamdulillah... buat masa ni... aku tak alami alahan n xde la nak ngidam yg bukan2... Aku memang berdoa sgt2 pada Tuhan agar dijauhkan semua tu coz kalau boleh x nak la susahkan sape2 nanti... Tapi, kita hanya merancang.. Allah jua yg menentukan... ~


Apa yang aku mampu buat sekarang ialah berdoa.... Korang pun tolong la doakan 'kami' sihat & selamat ok....
(^__^)


Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia,
Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu.
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.
Ya Allah,jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

~ aminnn ~




31 August 2010

1 Malaysia Menjana Transformasi..

Merdeka! Merdeka! Merdeka!



Kita sangat bertuah kerana sekali lagi menyambut kemerdekaan dalam bulan Ramadhan yang mulia.. Sambutan Merdeka ke-53 di Stadium Putra Bukit Jalil pagi tadi sangat menarik walaupun umat Islam sedang menjalani ibadah puasa... Moga semangat cintakan negara sentiasa di hati rakyat Malaysia... Sumbangan kita pada negara walaupun tidak sebesar pahlawan-pahlawan terdahulu, namun ianya sangat bermakna buat negara Malaysia tercinta... Bersama-samalah kita tanamkan rasa sayang pada negara Malaysia agar kita lebih menghargai tanah air kita... ;)

Salam KeMERDEKAan ke-53....

"1 Malaysia Menjana Transformasi"

14 July 2010

Saat Manis... Konvokesyen ke-2 ku...


(Konvokesyen IPG Kampus Ipoh, 10 Jun 2010)



(Bersama teman-teman sealiran...)



(...hmmm..windu korang sumer...)



(...best...best....)



(...with Hubby tercinta...thanks 4 ur support....)



(..posing alone... hikhikhik....)



(... Best la ngan korang... windu kat korang...)


Bertaubat Setelah Melakukan Dosa



Sebagai manusia kita memang tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan dosa,namun kita dikurniakan akal untuk memilih atau membezakan yang manakah benar dan yang manakah salah. Adalah amat rugi jika kita berkekalan dalam kesalahan ataupun dosa yang kita lakukan baik sengaja ataupun tidak.

Apakah yang membuatkan manusia itu boleh melakukan kesilapan ataupun kesalahan?

Sekiranya kita halusi pertanyaan ini, maka secara rambangnya dapat saya gariskan disini antara punca manusia melakukan kesalahan baik sengaja ataupun tidak adalah seperti berikut :

1) tidak tahu atau jahil : manusia kerap melakukan kesalahan tanpa disedari, ianya berpunca dari pada sifat jahil ataupun tidak tahu perkara yang dilakukan itu merupakan satu kesalahan. Contohnya : seringkali tanpa sedar kita bergurau dengan kawan-kawan kita ada perkataan kita yang menghiris hatinya tanpa kita ketahui. Dan akibat perkataan itu menjadikan hubungan antara dia dengan kita menjadi agak dingin dan renggang.


2) mengikut perasaan : kesalahan atau pun dosa yang dilakukan oleh manusia terkadang berpunca juga dari sifat manusia tersebut yang terlalu ikutkan perasaan dan emosi. Seperti mana yang kita tahu, apabila seseorang itu dalam keadaan marah, maka fungsi otaknya ketika itu agak terganggu sedikit akibat perasaan marah tersebut. Dan seringkali ketika dalam keadaan marah manusia jadi salah membuat keputusan dan pertimbangan. Sebagaimana yang sering kita dengar ataupun baca di media-media masa, sesuatu pembunuhan itu terkadnag berlaku hanya kerana hal yang remeh, namun apabila gagal mengawal emosi marah maka seseorang itu sanggup membunuh malah terkadang yang dibunuh merupakan saudaranya sendiri, apabila telah sedar ataupun berada dalam keadaan tenang, barulah dating penyesalan didalam diri orang tersebut.


Dalam hadis juga Rasulullah ada mengatakan atau mengajarkan bagaimanakah untuk kita mengatasi perasaan marah kita. 1) apabila kita marah dalam keadaan kita berdiri maka duduklah, . 2) apabila kita marah dalam keadaan duduk maka baringlah. 3) kalau masih marah juga maka hendaklah mengambil wudu' dan solat 2 rakaat. Orang yang paling kuat adalah orang yang mampu menahan sifat marahnya.


3) kehendak nafsu : nafsu kita memang amat suka terhadap perkara-perkara yang dilarang oleh Allah, seperti kita dilarang untuk membuka aurat, maka nafsu kita lebih suka kalau kita membuka aurat dan menunjukkan aurat kita, dilarang untuk mendaki zina, namun itulah perkara yang paling disukai oleh nafsu, seperti berdua-duaan dengan pasangan kita di tempat yang sunyi. Bukankah telah dinyatakan bahawa apabila berdua antara lelaki dan wanita, maka saytanlah orang yang ketiga. Berjudi juga amat disukai oleh nafsu walaupun ianya ditegah oleh syariat, dalam edisi siasat suatu masa dulu ada memaparkan kisah orang islam membeli no ekor malah yang membeli juga adlaah dari kalngan yang memakai kopiah dan seorang yang bergelar haji. Kesimpulannya apabila kita mengikut hawa nafsu kita maka kita akan banyak melanggar perkara-perkara yang dilarang oleh Allah dan berat untuk melaksanakan segala perintah-NYA.


Itulah antara punca mengapakah diri manusia itu boleh melakukan kesilapan dan kesalahan, mungkin ada banyak lagi punca dan factor manusia melakukan kesalahan, namun hanya 3 ini sahaja yang saya gariskan disini mengikut kajian dan pandangan peribadi saya. Selebihnya saya serahkan kepada kepandaian anda semua selaku pembaca untuk buat rumusan dan klasifikasikan.


Apabila kita sudah tau kita ini tidak sunyi dari melakukan kesilapan dan kesalahan, lalu apakah langkah yang wajar kita ambil bagi menghapuskan dan memperbaiki kesilapan-kesilapan tersebut?? Cara yang paling baik adalah kita bertaubat dan menyesal dengan segala dosa dan kesalahan yang kita lakukan, kemudian kita kembali ke pangkal jalan ataupun jalan yang benar (islam).


Bagaimanakah caranya untuk kita bertaubat? Dan apakah tandanya diri seseorang itu benar-benar bertaubat??


Cara untuk kita bertaubat adalah dengan menyesali segala apa yang kita lakukan dimasa lalu, dan berazam dengan sebenar-benar azam untuk tidak mengulanginya kembali dimasa akan datang, serta menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang boleh membawa kepada mengulangi perkara-perkara tersebut. Apabila kita telah melaksanakan perkara-perkara tersebut, maka itulah yang dinamakan taubat nasuha (taubat yang sebenar-benar taubat).


Ada juga orang yang bertaubat, namun hanya sekejap atau seketika, apabila dia jumpa balik dengan benda yang cuba ditinggalkan maka dia akan melakukannya semula, contohnya : orang yang bertaubat dari minum arak, lama dah dia tak minum arak, satu hari apabila dia jumpa arak dan tidak ada orang disekeliling, terkadang ia akan mengulangi meminumnya, dan lepas ia minum tu sudah pasti lebih teruk dari yang permulaan sebab mungkin dah lama dia tinggalkan. Memang perlukan kekuatan untuk mengawla diri daripada melakukan perkara yang kita dah biasa buat. Insya Allah kalau kita ada kesungguhan dan sentiasa berdoa maka Allah akan Bantu kita.


Antara tanda-tanda ataupun ciri-ciri orang yang bertaubat nasuha ini ialah :


1) Merasa menyesal atas dosa-dosa yang dilakukannya pada masa yang lalu.

2) Berazam untuk tidak akan mengulangi lagi kesalahan dan dosa yang dilakukan sebelum ini dengan sebenar-benar azam.

3) Banyak melakukan ibadah kepada Allah dan mendekat diri kepada Allah.

4) Banyak memberi sedekah dan amal jariyah sebagai penebus dosa yang dilakukan sebelum ini.

5) Meninggalkan perkara-perkara yang boleh membawanya mengulangi semula dosa yang lalu.



Ini lah antara ciri-ciri bagi orang yang benar-benar taubat.


Teringat akan satu hadis ataupun pepatah arab… saya kurang pasti. Yang berbunyi : " orang mukmin apabila melakukan dosa dia merasa seolah-olah dosa itu umpama batu yang menimpa dirinya dan akan bersegera bertaubat, orang yang munafiq @ fasiq apabila melakukan dosa umpama lalat yang hinggap di muka hanya dikuis-kuis sahaja, dan lalat itu akan tetap dating kembali "…

Kesimpulannya :

Memang benar kita tidak boleh lari dari melakukan kesalahan dan dosa. Namun dengan iman yang kuat dan dekatnya diri kita kepada MAHA PENCIPTA, membuatkan kita sering beringat sebelum melakukan sesuatu. Oleh itu gunakanlah akal yang merupakankurniaan yang amat besar dari Allah sebagai wasilah untuk kita berfikir yang mana baik dan buruk. Gunakan iman untuk membezakan ianya halal ataupun haram, pahala ataupun dosa..


TAUBAT SEORANG HAMBA – IRSYADEE FT HAFIZ HAMIDUN

Hati hiba mengenangkan

Dosa-dosa yang ku lakukan

Oh Tuhan Maha Kuasa

Terima taubat hamba berdosa

Ku akui kelemahan diri

Ku insafi kekurangan ini

Ku kesali kejahilan ini

Terimalah, terimalah, terimalah

Taubatku ini

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan

Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan

Ku akui kelemahan diri

Ku insafi kekurangan ini

Ku kesali kejahilan ini

Terimalah, terimalah, terimalah taubatku ini

Di hamparan ini ku meminta

Moga taubatku diterima

Ku akui kelemahan diri

Ku insafi kekurangan ini

Ku kesali kejahilan ini

Terimalah, terimalah, terimalah taubatku ini

04 May 2010

Lupa nak inform...


Salam...

kite lupa plak nak inform yg blog kite ni dah tukar URLnye... yg damaikanhati.blogspot tu dah xde lg... so guna BLOG ni jer la k...
www.cikgu-muny.blogspot.com


time kacih...

18 February 2010

Cikgu Muny at School........ ;)

Ape khabar cikgu Muny? Heheheee... tanya khabar utk diri sendiri plak... ;p Agak lama aku tak post n3 dlm blog ni... kehidupan semakin bz n seronok... Alhamdulillah, sepanjang awal tahun 2010 ni, semua yg dirancang run smoothly.. aku selamat diijab kabulkan menjadi guru pendidikan khas di SMK Temenggong, Kati, K.Kangsar, Perak... berkhidmat di hometown jugak akhirnye... Yahoo! Terima kasih Tuhan... ;)







Bile di sekolah, anak didik menjadi keutamaan... macam2 aktiviti nak buat n ada yg dah dibuat pun... Bersama dengan teman2 seangkatan di sekolah tu sangat la Bestzz! Al-maklumlah, aku ni budak baru belajar... Mereka x lokek ilmu n banyak bimbing aku... Team Pend. Khas Temenggong de Superb!................... :D






Baru2 ni, kami mengadakan Sukan Tahunan Pend. Khas on 9-10 Feb. 2010.... Macam2 ragam n gelagat para pelajar yg boleh kita lihat waktu itu.... Adakala, aksi mereka ni kita x jangka... n sangat cute + lucu... ;)







Ok lah... cukup sampai sini dulu aku berkongsi cerita... sampai jumpa lagi... ;D

20 January 2010

08 January 2010

Manusia Bertanya.., Al Quran Menjawab

Manusia Bertanya... Al-Quran Menjawab...



KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286


KENAPA RASA KECEWA?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
-Surah Ali-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Ali-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka.....
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
".....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."

-Surah Yusuf ayat 12

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails